Saturday, February 17, 2007

Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti

Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya.

Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid)

Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic &

Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik.

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.” (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:

“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari

  • Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
  • Tidurnya hanya sekejap.
  • Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.”

(Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’ Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebehi satu jam.
(Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.





(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa


Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan:

“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:

“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)

Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan.

Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s')

Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:

“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmuzi)

“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)

“Berkata ‘Abbad ibn Tamim: Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

“Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.” (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)

Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.

Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:


  • Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
  • Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher. (Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care')



Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah.

Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid)


(Kajian saintifik tentang cara untuk mengurangkan sakit belakang iaitu dengan membetulkan cara tidur (sleeping posture) dan menjauhi tidur meniarap)

Kesimpulannya

Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

Wednesday, February 07, 2007

Pigs May Help Spread Bird Flu Among Humans

Scientists are investigating whether pigs could provide the "mixing vessel" for human and avian flu strains that would allow for deadly human-to-human transmission, as new outbreaks of avian flu virus appear in Thailand, China and Vietnam. Professor Malik Peiris, a microbiologist at the University of Hong Kong, said the much-hyped human pandemic has not occurred because the virus has so far failed to readily make that human-to-human transmission.

"What is really important is you do not keep allowing this virus to try this on the human population, because then you increase the chance of that adaptation occurring," he said. "For the poultry industry it is absolutely crucial [to bring it under control] and from the human health point of view."

The warning comes as the United Nations Food and Agriculture Organisation, which hosted a three-day international workshop on avian flu in Bangkok this week, supported the increased use of vaccines to control the virus. The organisation's shift comes as new outbreaks of the H5N1 strain were confirmed in 12 Vietnamese provinces and 18 Thai provinces. It has also reemerged in China.

Advertisement

Professor Peiris said scientists are carefully monitoring the role pigs could play in human-to-human transmission. Research had shown the human flu virus, H3N2, has been regularly found in pigs from China since 1998. In the US, quite independently, the human virus has jumped to pigs.

"If you take human viruses and put them into a chicken it will not replicate," he said. "If you take an avian virus and put it in a human, it will not replicate most of the time. There is a barrier ... but both viruses will happily replicate in a pig ... so that's why the hypothesis has been put forward that the pig could be the mixing vessel for the human and avian viruses."

Professor Peiris said the virus probably started in ducks, and then adapted to chickens but it has not adapted to any other mammalian species. "Pigs are an important question mark, particularly with the pattern of backyard farming in this region where you have pigs together with poultry side by side," he said.

"In this part of the world the human virus [in pigs] is still totally human, which is the worrying thing. It provides this opportunity for the avian virus to mix its genes with the human virus, and that is one of the ways previous pandemics have arisen. "Although there is no proof as to where the mixing occurred, the suspicion is it might have happened in a pig," he said.

(From The Sydney Morning Herald.

By Connie Levett, Herald Correspondent in Bangkok

July 31, 2004
http://www.smh.com.au/articles/2004/07/30/1091080443382.html from=storylhs&oneclick=true)


** In the Quran, Chapter Al-Baqarah verse 173, Allah said, "He hath forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, and that on which any other name hath been invoked besides that of Allah. But if one is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits,- then is he guiltless. For Allah is Oft-forgiving Most Merciful."

Saturday, February 03, 2007

Formula Kecemerlangan Zulqarnain

Salah seorang tokoh yang benar-benar memanfaatkan potensi dan kehebatan yang dikurniakan Allah kepadanya ialah Zulqarnain. Kisah tentang beliau terdapat dalam surah Al-Kahfi. Surah ini merupakan satu surah yang penting untuk dikaji kerana di akhir zaman ketika umat Islam berada di era dajal, nabi menyuruh umat Islam membaca dan mengkaji surah ini agar mereka dapat mengeluarkan formula-formula penting daripadanya.



Zulqarnain bermaksud dia yang mempunyai dua tanduk. Az-Zajjaj dan Al-Azhari berpendapat, beliau diberikan gelaran Zulqarnain kerana beliau menjelajahi dan menguasai negara-negara di Barat dan Timur.

Dalam surah Al-Kahfi ayat 84 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada (Zulqarnain) di muka bumi ini dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.” Ada yang berpendapat Zulqarnain ialah Alexander the Great dari Macedonia. Namun pandangan ini ditolak oleh ramai tokoh Islam kerana Alexander the Great tidak beriman kepada Allah.

Maulana Abul Kalam Azad, seorang ulama dan politikus Islam yang terkenal di India pada tahun 1950-an, pernah mengutarakan pandangannya berhubung peribadi Zulqarnain di dalam majalah Thaqafatul Hind. Beliau berpendapat Zulqarnain ialah Cyrus The Great, seorang Raja yang menguasai wilayah Medes (Media) dan Parsi dan akhirnya mengasaskan Empayar Parsi yang berdaulat.

As-Syeikh Hasan An-Nadwi juga telah menukilkan pandangan ini dalam tulisan beliau berhubung Zulqarnain. Hal ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Walau bagaimanapun, apa yang diutarakan ini hanyalah merupakan pandangan-pandangan dari ulama dan Allah lebih mengetahui tentang identiti Zulqarnain yang sebenarnya.

Keunggulan dan kehebatan Zulqarnain mempunyai sebab musababnya. Antara sebab musabab itu, seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Kahfi ialah:



  • JELAS DESTINASI (HIDUP BERWAWASAN): Wawasan Zulqarnain ialah untuk mengagungkan kebenaran dan keadilan sebagaimana yang ditetapkan Allah. Beliau tidak terpedaya dengan pangkat dan kekuasaan kerana kesemua itu bukannya matlamat baginya sebaliknya adalah alat untuk menegakkan wawasan. Dalam surah Al-Kahfi ayat 87-88 Allah berfirman, “Berkata Zulqarnain, ‘Adapun mereka yang zalim, maka kami akan menyeksanya (yakni menghukumnya dengan tegas), kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya dan Tuhan akan mengazabnya dengan azab yang dahsyat. Adapun mereka yang beriman dan beramal salih maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan dan kami akan titahkan kepadanya perintah yang mudah dari perintah-perintah kami’.” Pernyataan ini menunjukkan antara wawasan Zulqarnain ialah menghapuskan kemungkaran dan menegakkan yang makruf di wilayah yang ditaklukinya.

  • FIKIR GLOBAL (MEMPUNYAI MISI): Memandangkan kebenaran dan keadilan adalah ramuan yang diperlukan oleh dunia justeru, ia perlu dilonjakkan ke tahap global. Dengan misi yang jelas untuk mengusai dunia demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, Zulqarnain akhirnya berjaya mencapai cita-citanya dengan pertolongan Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 84, “Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada (Zulqarnain) di muka bumi dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.” Sebenarnya dunia hanya mampu menguasai mereka yang berjiwa kecil, sebaliknya dunia akan bertukar menjadi hamba kepada mereka yang berjiwa besar.

  • MEMILIKI KOMPAS HIDUP (BERTAKWA): Kompas bermanfaat kerana ia membantu kita dalam perjalanan agar hala tuju kita tidak terbabas. Tanpa kompas seseorang akan mudah tersesat dalam perjalanan. Demikianlah juga dengan takwa. Ia merupakan kompas di hati yang akan memastikan seseorang itu sentiasa berjalan mengikut panduan syariat di mana saja dia berada. Inilah kekuatan yang ada pada Zulqarnain. Walaupun beliau menguasai timur dan barat, namun timur dan barat tidak menguasai beliau. Yang mengusai beliau ialah petunjuk Allah yang berada di hatinya. Justeru, apabila sekumpulan manusia datang untuk memberi upah kepada Zulqarnain dengan syarat beliau membuat sesuatu yang dapat menghalang gerakan Yakjuj dan Makjuj, beliau berkata, “Sesungguhnya apa yang dikurniakan Allah kepadaku adalah lebih baik (dari pemberianmu).” Dan selepas Zulqarnain berjaya membina sebuah tembuk yang besar, beliau berkata, “Inilah rahmat yang dikurniakan oleh Tuhanku.” Kalimat-kalimat ini adalah dari surah Al-Kahfi ayat 95 dan 98. Ia menunjukkan betapa tingginya nilai takwa yang terdapat di hati Zulqarnain.

  • SENTIASA MENCARI DAN MEMBUKA PELUANG (BERMINDA STRATEGIK): Zulqarnain tidak menguasai dunia secara semberono sebaliknya berdasarkan perancangan yang rapi. Ketika menceritakan tentang Zulqarnain, kalimat yang diulang-ulangi sebanyak tiga kali dalam surah Al-Kahfi ialah yang bermaksud, “(Zulqarnain) telah mengikuti satu jalan atau menggunakan pendekatan tertentu...” Berhubung dengan ini Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir telah berkata, “Orang-orang Islam dituntut untuk menegakkan Islam dengan menggunakan hukum sebab musabab dan tidak mengharapkan kejadian yang luar biasa untuk mencapai kejayaan. Kisah yang terdapat dalam surah ini menunjukkan Zulqarnain menggunakan pendekatan sebab musabab yang pelbagai untuk mencapai matlamat dan aspek ini telah diabaikan oleh umat Islam pada hari ini...” Mereka yang berjaya ialah mereka yang sentiasa meyakini bahawa jika dia terus berusaha di hujung sana pasti ada cahaya. Mereka yang berjaya juga tidak duduk menanti peluang, mereka mencipta peluang.

  • MENGUASAI ILMU BESI DAN TEMBAGA (MENGUASAI TEKNOLOGI): Ilmu dan teknologi adalah penting untuk berjaya dalam hidup. Tanpa kedua-duanya banyak masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik. Ketika Zulqarnain diminta oleh sekumpulan manusia untuk menghalang gerakan Yakjuj dan Makjuj, dalam surah Al-Kahfi ayat 96-97, beliau berkata, “Berilah aku potongan-potongan besi’. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain, ‘Tiuplah (api itu).’ Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, ‘Berikan aku tembaga yang mendidih agar aku tuangkannya ke atas besi panas itu’. Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.” Teknologi yang digunakan oleh raja Zulqarnain untuk membina tembuk begitu hebat sekali sehingga dengannya gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung. Inilah kekuatan yang ada pada Zulqarnain. Teknologi, seperti Tembok Zulqarnain, hanya bermanfaat jika ia menjadi sistem sokongan yang menghalang kemungkaran. Sebaliknya jika ia menjadi alat yang menghalang kebenaran dan keadilan, seperti Tembok Pemisah Israel, ia sepatutnya diruntuhkan.

  • MENDENGAR DAN MEMAHAMI (BERKOMUNIKASI SECARA EFEKTIF): Ketika menjelajahi dunia, Zulqarnain dapat menentukan tindakan yang tepat di setiap kawasan kerana beliau sudi mendengar dan dapat memahami pendapat dan pandangan yang disampaikan kepadanya. Dalam surah Al-Kahfi ayat 93-94 Allah berfirman, “Hingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung dia mendapati di hadapan kedua bukit itu satu kaum yang hampir tidak dapat difahami perkataannya. Mereka berkata, ‘Wahai Zulqarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di muka bumi’.” Ayat ini menunjukkan kemahiran berkomunikasi yang dimiliki oleh Zulqarnain amat tinggi sekali sehingga dapat memahami percakapan golongan yang hidup terpencil dari masyarakat lain.


Jelas sekali, kemampuan Zulqarnain untuk menjelajahi timur dan barat, berkomunikasi, membina tembuk yang kukuh, mengenderai kuda dengan baik dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk mencapai matlamat menunjukkan beliau menguasai pelbagai kemahiran (multi-skilling). Justeru bukanlah suatu yang pelik jika beliau dapat menguasai dan memerintah dunia dengan begitu cemerlang sekali.