“Aku datang dengan satu kaum yang cintakan mati sebagaimana kamu cintakan hidup.”(Perutusan kepada panglima Parsi, Hormuz, sebelum berlakunya Perang Zatul Salasil)
“Tanamkanlah rasa ikhlas di hatimu agar jihadmu pada hari ini dilakukan kerana Allah. Hadapkanlah hati-hatimu kepada Allah ketika kamu beramal pada hari ini. Tidak sepatutnya kita sombong dan melampaui batas pada hari ini. Ingatlah, apa yang berlaku pada hari ini akan menentukan sejarah hari esok.
Jika kamu terpaksa bertindak dengan satu tindakan yang belum lagi dikeluarkan arahan tentangnya, bertindaklah dengan cara yang kamu yakin akan dipersetujui oleh pimpinanmu.” (Ucapan kepada tentera-tentera Islam di Yarmuk)
“Aku berjuang bukan kerana Omar tetapi kerana Allah.” (Kenyataan ini dibuat selepas khalifah Omar melucutkan beliau dari jawatan panglima besar)
“Alangkah besarnya jumlah tentera Islam dan kecilnya jumlah tentera Rom kerana besarnya sesuatu pasukan ditentukan oleh kemenangan dan kecilnya oleh kekalahan.” (Kenyataan ini dibuat selepas melihat tentera Rom berjumlah enam kali ganda lebih ramai dari tentera-tentera Islam di Yarmuk)
Apabila kita amati stail perjuangan panglima Khalid, kita akan dapati di samping iman, takwa, berwawasan dan berstrategi yang dimiliki beliau, cara fikir dan sikap beliau dalam banyak hal menjadi penentu kepada kemenangan umat Islam. Antara cara fikir dan sikap itu ialah:
- Kemenangan bermula dalam minda sendiri.
- Kemenangan tidak terletak pada jumlah, tetapi pada keyakinan dan sikap.
- Belum cuba belum kalah.
- Berundur untuk menang adalah lebih baik dari membuta tuli kemudiannya kalah.
- Kita yang perlu mengukir sejarah. Biarkan orang lain bercakap tentang sejarah itu.
- Kesempatan jangan dinanti, tetapi dicipta.
- Satu kemenangan hanyalah satu pintu untuk kemenangan-kemenangan yang lain.
- Jika kita tidak menang, orang lain yang akan menang. Lebih baiklah kita yang menang.
- Kemenangan adalah hasil. Yang perlu diutamakan ialah proses untuk mencapai hasil.
No comments:
Post a Comment