Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi yang perlu untuk menghadapi musuh, dan persiapan ini termasuk di dalam tuntutan fardu kifayah yang telah disebutkan sebelum ini.
Allah berfirman, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.? (Surah Al-Anfal ayat 60)
Salah seorang peribadi unggul yang kisahnya disebutkan di dalam Al-Quran ialah raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui satu kumpulan manusia yang terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau melakukan sesuatu yang dapat mencegah Yakjuj dan Makjuj dari mendatangkan kerosakan ke atas mereka. Zulqarnain bersetuju untuk menolong mereka dan berhubung dengan ini Allah berfirman, (Berkata Zulqarnain): ?Berilah aku potongan-potongan besi?. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain: ?Tiuplah (api itu).Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ?Berikan aku tembaga yang mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu?. Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.? (Surah Al-Kahfi ayat 96-97)
Teknologi yang dimiliki oleh raja Zulqarnain begitu hebat sekali sehingga gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung melalui pembinaan tembuk yang kukuh ini. Allah menegaskan, di antara kelebihan yang ada pada raja Zulqarnain ialah beliau sentiasa mencari jalan serta pendekatan baru untuk mencapai matlamat yang beliau tetapkan. Ketika menceritakan tentang Zulqarnain, kalimat yang diulang-ulangi sebanyak tiga kali di dalam surah Al-Kahfi ialah yang bermaksud, ?(Zulqarnain) telah mengikuti satu jalan atau pendekatan tertentu...?
Berhubung dengan ini Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir telah berkata: Orang-orang Islam dituntut untuk menegakkan Islam dengan menggunakan hukum sebab musabab dan tidak mengharapkan kejadian yang luar biasa untuk mencapai kejayaan. Kisah yang terdapat di dalam surah ini menunjukkan Zulqarnain menggunakan pendekatan sebab musabab yang pelbagai untuk mencapai matlamat perjuangan beliau dan aspek ini telah diabaikan oleh umat Islam pada hari ini...?
Di dalam proses untuk mempersiapkan diri, umat Islam diizinkan untuk menimba ilmu dan kemahiran dari golongan yang bukan Islam, tidak kira sama ada dari Timur atau Barat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar-dasar Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Kalimah yang bijaksana (hikmat) adalah suatu barangan yang telah hilang dari orang yang bijaksana. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang lebih berhak untuk memilikinya." (Riwayat Ibn Majah dan Tarmuzi)
Di Dalam Usul 20, Imam Hasan Al-Banna berkata: ?Islam membebaskan akal, mendorong supaya menganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmat (atau ilmu pengetahuan) merupakan suatu yang telah hilang dari tangan seorang mukmin. Di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak untuk memilikinya?.
Contoh yang paling baik ialah Nabi Muhammad s.a.w Ketika berlaku perang Khandak, Baginda s.a.w memanfaatkan strategi perang orang-orang Parsi dengan mengorek parit yang besar. Strategi ini telah mendatangkan kesan yang positif ke atas umat Islam di dalam peperangan itu. Begitu juga dengan Omar Al-Khattab ra, di zaman pemerintahannya, beliau telah serapkan beberapa cara pentadbiran Parsi ke dalam pentadbirannya.
Semua ini sepatutnya merangsang umat Islam untuk fokus di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta bersikap inovatif di dalam perancangan dan perjuangan mereka. Sebenarnya, di samping ketakwaan kepada Allah, inilah di antara sebab umat Islam dahulu menjadi gilang gemilang dan dikagumi hinggalah ke hari ini. Sebagai contoh, di zaman Nabi s.a.w dan dua khalifah yang pertama, kekuatan tentera Islam difokuskan untuk peperangan di darat. Namun, di zaman khalifah Uthman ra, pada tahun 28 H bersamaan dengan 648 M, arahan telah dikeluarkan oleh khalifah kepada Muawiyah ra agar memberikan tumpuan kepada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom.
Bermula dari tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam telah dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Peperangan laut yang pertama di antara armada Islam dan Rom berlaku pada tahun yang sama di perairan pulau Cyprus dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Di saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan dari gelaran inilah lahirnya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas dikalahkan oleh armada Islam di dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.
Umat Islam juga sebelum ini amat menonjol di dalam bidang sains. Mereka merupakan pemangkin kepada kebangkitan sains dan teknologi di Barat. Di zaman pertengahan dahulu, dunia Eropah jauh berbeza dari dunia Islam dan hal ini telah disebutkan oleh Victor Robinson di dalam The Story of Medicine:Europe was darkened at sunset, Cordova shone with public lamps; Europe was dirty, Cordova built a thousand baths; Europe was covered with vermin, Cordova changed its undergarment daily; Europe lay in mud, Cordovas streets were paved; Europe?s palaces had smoke-holes in the ceiling, Cordovas arabesques were exquisite; Europe?s nobility could not sign its name, Cordovas children went to school; Europes monks could not read the baptismal service, Cordova?s teachers created a library of Alexandrian dimension.?
Ia bermaksud: ?Eropah bergelap di waktu malam, Cordova bercahaya dengan lampu; Eropah kotor, Cordova membina 1000 tempat mandi; Eropah dipenuhi serangga, penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari; Eropah dipenuhi selut, jalan-jalan di Cordova bertar; Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung, bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah; tokoh-tokoh Eropah tidak tahu untuk menandatangani nama sendiri, anak-anak di Cordova sudah ke sekolah; tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian, ulama (Islam) di Cordova telah membina kutub khanah yang besar?.
Hal yang sama juga disebutkan oleh Robert Briffault, seorang tokoh orientalis yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk Making of Humanity: It was under the influence of Arabian and Moorish revival of culture, and not in the 15th century, that the real renaissance took place. Spain and not Italy, was the cradle of the rebirth of Europe. After sinking lower and lower in barbarism, it had reached the darkest depths of ignorance and degradation when the cities of the Saracenic world ? Baghdad, Cairo, Cordova, Toledo, were growing centres of civilization and intellectual activity. It was there that the new life arose which was to grow into a new phase of human evolution. From the time when the influence of their culture made itself felt, began the stirrings of new life.?
Ia bermaksud: Era kebangkitan yang sebenarnya telah diledakkan oleh orang-orang Arab Islam sebelum berlakunya kesedaran dan kebangkitan di Eropah pada abad kelima belas.. Sepanyol dan bukannya Itali merupakan benih yang telah melahirkan Eropah moden. Ketika Eropah tenggelam di dalam kejahilan dan keruntuhan, bandar-bandar Islam seperti Baghdad, Cairo, Cordova dan Toledo menjadi pusat ilmu dan tamadun?.
Umat Islam pada hari ini sepatutnya bangun dari tidur dan mengorak langkah ke arah perubahan minda dan cara fikir agar ilmu-ilmu sains dan teknologi dapat dikuasai demi untuk masa depan Islam yang gilang gemilang.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment