Wednesday, August 09, 2006

Cemerlang Dalam Komunikasi

Bahasa Badan

Imam Abu Daud meriwayatkan, sahabat Anas berkata, “Jika seseorang lelali berbisik ke telinga nabi, saya tidak pernah melihat nabi menarik kepalanya dari lelaki itu melainkan selepas lelaki itu menarik kepalanya dari nabi. Jika berpegangan tangan (contohnya ketika bersalam), saya tidak pernah melihat nabi melepaskan tangan baginda melainkan selepas dilepaskan oleh lelaki itu.”

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Dardak yang berkata, “Saya tidak pernah melihat nabi berbicara tanpa senyuman. Baginda akan sentiasa tersenyum.”

Kesemua ini menunjukkan tentang kepentingan bahasa badan. Dalam berkomunikasi ia perlu dimanfaatkan. Mengikut pakar psikologi, Albert Mehrabian, 7% dari kesan komunikasi terletak pada kalimat-kalimat yang digunakan, 38% ditentukan oleh nada suara dan 55% dari mimik muka.


Jika mimik muka yang anda tonjolkan tidak selari dengan apa yang anda katakan, kebiasaannya orang akan mentafsirkan perkataan anda mengikut mimik muka anda. Justeru bahasa badan memberi impak yang besar kepada komunikasi anda.

Antara bahasa badan yang dapat membantu anda secara positif ketika berkomunikasi ialah bersalaman ketika bertemu, mengadakan kontak mata ketika sedang berbicara, sentiasa tersenyum dan tunjukkan minat dengan mengangguk-anggukkan kepala ketika sedang memberi perhatian. Di samping itu, anda juga perlu memahami bahasa badan orang lain agar reaksi yang anda tunjukkan membantu proses komunikasi yang sedang berjalan.

Fisiologi Senda Gurau Dan Senyuman

Ketika berkomunikasi kita perlu sentiasa tersenyum dan adakalanya berjenaka dengan rakan-rakan. Ibn Abi Dunya meriwayatkan, nabi bersabda, “Sesungguhnya aku bersenda gurau tetapi aku tidak mengatakan kecuali perkara yang benar.” Berhubung dengan ini Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihya Ulumuddin, “Senda gurau adalah bertujuan untuk mengujudkan suasana berbaik-baik (antara satu sama lain).


Ia mengandungi kelapangan dada dan kebaikan hati. Namun jika ia dilakukan secara berlebih-lebihan dan secara berkekalan, maka ketika itu ia dilarang.” Justeru, bersenda gurau dalam Islam adalah diizinkan dengan syarat ianya tidak menyimpang dari kebenaran dan tidak melampaui batas.

Senda gurau, tertawa yang tidak melampau serta senyuman adalah baik untuk kesihatan. Lee Berk, M.D., dan Stanley Tan, M.D., kedua-duanya dari Loma Linda School of Medicine di Loma Linda, California, mendapati tertawa dan senyuman memantapkan sistem pertahanan badan seseorang.


Hal ini disebabkan tertawa dan senyuman merangsang pengeluaran T lymphocytes yang berperanan membunuh kuman-kuman di dalam badan. Pada ketika yang sama pengeluaran gamma interferon juga meningkat. Gamma interferon berperanan mempercepatkan pengeluaran sel-sel pertahanan yang baru dalam badan......................

No comments: