Mengikut Grolier Encyclopedia, apabila Rom Barat runtuh pada abad ke-5 Masihi, bermulalah Zaman Kegelapan di Barat. Era ini dikenali sebagai Zaman Kegelapan kerana ia berkaitan dengan keruntuhan dua tamadun yang dianggap hebat iaitu Rom dan Parsi. Ketika itu ramai kalangan di Eropah tidak tahu membaca dan menulis dan taraf kehidupan mereka amat rendah sekali. Mengikut seorang tokoh sejarah dari Itali, Flavio Biondo, Zaman Kegelapan ini bermula dengan kekalahan Rom Barat di tangan Visogoths pada abad ke¬5 Masihi.
Mengikut sebuah buku teks yang popular di Jerman pada abad ke-17, era ini bermula dengan kejatuhan Maharaja Romulus Augustulus di Barat pada tahun 476 Masihi. Selepas berlalu masa lebih kurang 1000 tahun, pada tahun 1410 Masihi bermulalah era kemodenan di Barat. Mengikut pendapat yang lain era kemodenan ini bermula pada tahun 1453 apabila kota Konstantinople jatuh ke tangan golongan Islam Turki.
Victor Robinson ketika menceritakan tentang Zaman Kegelapan ini dalam The Story of Medicine berkata, "…Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1,000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari.
Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah. Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian sedangkan ulama Islam di Cordova membina kutub khanah yang besar."
Pada hari ini para pengkaji sejarah di Barat lebih cenderung menggunakan istilah Zaman Pertengahan (Middle Ages) ketika menceritakan tentang Zaman Kegelapan (Dark Ages) di Eropah. Hal ini disebabkan, istilah Zaman Kegelapan mengandungi maksud yang amat negatifyang mungkin mengelirukan.
Di saat Eropah berada di zaman kegelapan, negara-negara Islam berada di zaman keemasan. Berhubung dengan ini, Philip K. Hitti dalam The History of the Arabs berkata, "…Orang Islam Sepanyol berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang agong di zaman pertengahan dahulu. Merekalah sebenarnya pembawa obor budaya dan tamadun bagi seluruh dunia terutamanya antara abad kelapan dan tiga belas Masihi."
Perkara yang sarna juga dinyatakan oleh ahli falsafah Britain yang terkenal, Bertrand Russell, dalam bukunya History Western Philosophy. Beliau berkata, "…Penggunaan istilah Zaman Kegelapan untuk menceritakan keadaan yang berlaku antara tahun 699 hingga 1000 Masihi menunjukkan bahawa kita terlampau memberi tumpuan kepada dunia Eropah Barat. Sebenarnya ketika itu, tamadun Islam yang agung berkembang dengan pesatnya dari India ke Sepanyol. Bagi kita tamadun hanya berada di Eropah Barat sedangkan pandangan ini merupakan satu pandangan yang sempit."
Selepas sekian lama berada di Zaman Kegelapan, akhirnya Barat melalui era kemodenan yang dikenali sebagai Renaissance. Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud rebirth atau kelahiran semula. Ia merupakan zaman kebangkitan budaya dan ilmu di Eropah yang berlaku antara tahun l300 dan 1600 Masihi. Zaman kebangkitan ini bermula di Itali sebelum ia berkembang ke Jerman, Perancis dan England. Di peringkat awalnya, kebangkitan ini tertumpu dalam bidang sem dan kesusasteraan. Antara tokoh yang menonjol di peringkat ini ialah penyair dari Itali yang bernama Petrarch dan pelukis yang bernama Giotto.
Pada abad ke-17 Masihi lahirlah saintis-saintis agung di Barat seperti Galileo, William Harvey, Isaac Newton dan Robert Boyle. Mereka melahirkan metodologi sains yang dianggap baru dan dengan itu meledaklah ilmu sains di Barat walaupun di peringkat awalnya ia terpaksa bertembung dengan golongan Gereja.
Selepas itu Barat tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Ia terus mengembangkan kemodenan ini dengan mencipta idea-idea dan ciptaan-ciptaan baru hinggalah ke hari ini. Apakah faktor yang menyebabkan perubahan ini? Siapakah yang menjadi pemangkin kepada Renaissance atau kebangkitan di Eropah ini?
Marquis of Dufferin and Ava dalam bukunya Speeches berkata, "…Eropah terhutang budi kepada sains Islam, seni Islam dan sastera Islam kerana faktor-faktor inilah yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan Zaman Pertengahan.”
Perkara yang sarna dinyatakan oleh Dr. Roben Briffault dalam bukunya The Making of Humanity dalam bab Dar Al-Hikmet yang bermaksud, "…Golongan Kristian menikmati kebebasan sepenuhnya di zaman pemerintahan Islam di Sepanyol.
Mereka mempunyai paderi kanan atau uskup dan beberapa biara. Rahib-rahib Kristian boleh dilihat berjaIan-jalan di jalan-jalan di Cordova (tanpa gangguan). Golongan Yahudi juga menikmati konsep toleransi agama yang ctiamaIkan di bawah pemerintahan Islam kesan dari evolusi budaya yang berlaku.
Konsep dan budaya ini kemudiannya mereka sebarkan di kawasan-kawasan ceruk yang tidak mengenali erti tamadun...Roger Bacon bukanlah tokoh yang memperkenalkan konsep eksperimen dalam ilmu.
Beliau hanyalah merupakan anak murid kepada sains dan metodologi Islam, dan ilmu yang beliau peroleh ini kemudiannya beliau kembangkan ke Barat. Beliau tidak pernah jemu untuk mengatakan bahawa bahasa Arab dan sains Arab adalah satu-satunya pintu bagi mereka di zamannya untuk mengenali ilmu yang hakiki... Sumbangan dari tamadun Arab kepada dunia moden yang paling bermakna ialah sains."
Memang benar, tanpa Islam Barat tidak akan kenal sains dan teknologi. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology, Business And Our Way Of Life: Whats Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnesota. Beliau berkata, "Pada suatu ketika dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia.
Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia dari pelbagai agama, bangsa dan keturunan.
Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya menulis ribuan cerita.
Tamadun yang dimaksudkan ini sebenarnya ialah tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800-1600 Masihi. Walaupun kita sering kali tidak menyedari betapa terhutang budinya kita kepada tamadun ini, namun hasil yang dicurahkannya telah menjadi sebahagian dari warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud pada hari ini tanpa sumbangan dari tokoh-tokoh matematik Arab.
Untuk lebih memahami sumbangan umat Islam ini, mari kita amati apa yang dikatakan oleh Robert Briffault dalam bukunya The Making of Humanity dalam bab Dar Al-Hikmet. Beliau berkata, "Di bawah konsep toleransi agama golongan Kristian hidup penuh kebebasan di bawah pemerintahan khalifah Islam di Sepanyol.. Pelajar-pelajar Kristian dari pelbagai pelosok Eropah datang ke negara Arab ini untuk belajar. Alvaro, seorang paderi kanan di Cordova, menulis pada abad ke-9 Masihi, 'Kesemua pelajar Kristian yang berbakat ini mengetahui bahasa dan kesusasteraan Arab.
Mereka membaca dengan penuh minat buku-buku karangan orang Arab dan berasa amat kagum dengan kesusasteraannya'. Gerbert of Aurillac membawa beberapa bahan tentang astronomi dan matematik dari Sepanyol untuk mengajar anak-anak muridnya tentang alam serta sistem cakerawala.
Minatnya yang mendalam ten tang ilmu yang dicurinya dari orang-orang Islam (knowledge stolen from the Saracens), mengikutWilliam of Malmesbury, menjadikannya terkenal sehingga beliau dianggap hero pada kisah - kisah legenda yang terkenal di Zaman Pertengahan dahulu dengan nama Faust Legends."
Seterusnya Robert Briffault berkata, "Seorang biarawan dari Afrika yang bernama Constantine yang pernah menjadi setiausaha kepada Robert Guiscard, memberikan tumpuan untuk menterjemahkan buku-buku Arab dan dengan itu memperkenalkan sistem pembelajaran baru dalam keluarga (Kristian dari kumpulan) Benedict di Monte Cassino.
Seorang lagi ahli keluarga Benedict, Adelhard of Bath, membawa balik banyak buku-buku dari Cordova yang kemudiannya di sebarkan ke Perancis dan England. Daniel de Morlay, selepas mempelajari ilmu matematik dan astronomi di Cordova, menerbitkan semula ilmu yang telah dipelajarinya itu dan menjadi seorang pensyarah di Oxford.
Seterusnya, dalam bab Rebirth of Europe dalam buku The Making of Humanity, Robert Briffault berkata, "Orang-orang Arab memperkenalkan tiga ciptaan untuk Eropah. Setiap ciptaan ini kemudiannya melahirkan revolusi teknologi yang tersendiri di peringkat global. Pertama ialah kompas (mariners compass).
Dengannya Eropah berkembang ke seluruh pelosok dunia. Kedua ialah ubat bedil (gun powder). Dengannya berakhirlah era pahlawan berkuda dengan baju perisainya. Ketiga ialah kertas (paper). la membuka jalan kepada ciptaan alat-alat penerbitan yang canggih."
Dunia terutamanya Barat sepatutnya berterima kasih kepada umat Islam. Tanpa sumbangan mereka yang bertamadun tinggi ini, dunia tidak akan mengecap kemajuan dan kemodenan seperti yang di kecapi pada hari ini. Terima kasih Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment